Jumaat, 30 September 2011

Sudut dan Koleksi Sejarah SKBT

     Pada awal bulan September, Sudut dan Koleksi Sejarah telah diubahsuai untuk menambah koleksi sejarah. Pengubahsuaian dan penambahan bahan sumber di Sudut dan Koleksi Sejarah dengan usahasama PSS dengan Panitia Kajian Tempatan dapat memantapkan pengetahuan di kalangan para pelajar dan warga SKBT.

                    
                                                         
Puan Rahimiah selaku Ketua Panitia Kajian Tempatan dan Puan Suraya, AJK
      Panitia Kajian Tempatan sedang melaksanakan kerja-kerja bagi penyediaan   bahan untuk Sudut dan Koleksi Sejarah SKBT. 



Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ketua Panitia Kajian tempatan dan ajk kerana telah dapat membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan bahan di Sudut dan Koleksi Sejarah. Semoga usaha murni dapat membekalkan santapan ilmu yang berfaedah kepada semua warga SKBT.