Sabtu, 18 Mei 2013

Sambutan Hari Guru

Salam hormat. Sebagai menghargai dan mengingati jasa guru-guru, tanggal 16 Mei pada setiap tahun di adakan Sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah di adakan di Dataran Terbuka SKBT. Pelbagai acara telah di adakan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru 2013 peringkat sekolah.

                                                      TERIMA KASIH CIKGU...




Rabu, 15 Mei 2013

Pemantauan PSS Oleh PKG Manir

Salam hormat. Pada hari Selasa (14 Mei 2013), pegawai daripada PKG Manir iaitu Cik Anita @ Aniza telah membuat pemantauan PSS. Terima kasih diucapkan kepada Cik Anita yang telah memberi pandangan untuk kecemerlangan PSS SKBT.











Selasa, 14 Mei 2013

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

. 
Salam hormat. Pertandingan Mewarna Sempena Hari Guru telah di adakan pada hari Isnin (13 MEI 2013) selepas waktu rehat. Murid-murid yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada murid-murid tahap satu ( tahun satu, dua dan tiga). Guru-guru yang mengajar pada waktu selepas rehat menyelia murid-murid ketika pertandingan tersebut di adakan.




                                                                       

SAMBUTAN HARI GURU

Salam hormat. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan di adakan pada 16 Mei 2013. Pelbagai acara   telah diatur untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013.
 

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Salam hormat. Peperiksaan Pertengahan Tahun telah di adakan pada 7 Mei 2013 hingga 13 Mei 2013. Semoga murid-murid dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.

                               

Murid-murid kelas 4 Ibnu Mas'ud sedang tekun menjawab soalan-soalan peperiksaan.


Ahad, 12 Mei 2013

PUSAT SUMBER SKBT 2013

Salam hormat. Pihak Pusat Sumber SKBT telah membuat persiapan bagi pemantauan oleh pihak PKG Manir. Terima kasih diucapkan kepada semua pengerusi bilik-bilik sumber yang telah berusaha untuk menceriakan bilik di samping penyediaan dokumentasi di bilik masing-masing.

Sekitar gambar di luar bilik-bilik sumber.
                                                      
                                                               PERPUSTAKAAN




BILIK APD/ TAYANGAN




BILIK BBM



       Seterusnya usaha  gigih  Pengerusi NILAM, Puan Azizah bersama AJK NILAM menceriakan dan memperbanyakkan bahan bacaan di Pondok NILAM membolehkan murid-murid Tahap Satu menggunakan masa lapang dengan lebih berfaedah.