Sabtu, 29 Oktober 2011

Peperiksaan Akhir Tahun (OTI 6)


Salam hormat. 
Peperiksaan Akhir Tahun (OTI 6) akan bermula pada hari Isnin ( 31.10.2011). Diharap semua pelajar dapat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang!

Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber Sekolah

    Pada hari Khamis, 27.10.2011 telah di adakan jamuan akhir tahun Pusat Sumber Sekolah. Pada tahun ini, pihak Pusat Sumber Sekolah mengadakan jamuan lebih awal. Ini memandangkan peperiksaan akhir tahun yang akan di adakan minggu depan dan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada minggu berikutnya.

    Jamuan akhir tahun di adakan sebagai tanda penghargaan kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang terdiri daripada pustakawan, pengawas Bilik Media dan ABM.  Mereka telah menjalankan tugas dengan cemerlang di Pusat Sumber Sekolah.

    Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Guru Penolong kanan 1, Pn. Hajah Rose Elina Binti Kamaruddin.



Tn.Haji Khairuddin selaku Setiausaha Kerja PSS merupakan pengacara majlis sedang berucap kepada semua pengawas pusat sumber sekolah.

                                                      

Isnin, 17 Oktober 2011

Hadiah Program NILAM

          Pada hari Ahad, 2 Oktober 2011 telah diadakan penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang berjaya mendapat pingat gangsa, perak, emas dan NILAM. Nur Husna Binti Mazdi, 6 Amanah telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM 2011.

Ahad, 2 Oktober 2011

Bengkel Proses Dan Baik Pulih Buku

        Pada 1 Oktober 2011 (Sabtu) telah diadakan bengkel proses dan baik pulih buku untuk semua AJK perpustakaan dan semua pustakawan sekolah. Bengkel tersebut di adakan di Perpustakaan SKBT. Seramai 15 orang guru (AJK) dan 65 orang pustakawan yang hadir ke bengkel tersebut.

         Objektif bengkel tersebut di adakan adalah untuk memberi pendedahan cara-cara memproses dan baik pulih buku dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu, pustakawan akan dapat menghargai buku dan menjaganya dengan baik.



Slot 1 - Puan Azizah Binti Yusof selaku penceramah bengkel memproses dan baik pulih buku sedang memberikan penerangan tentang kaedah memproses buku dengan betul. Beliau berkhidmat di SK Kampung Tengah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang proses teknik buku.