SEJARAH

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH SKBT




Kualiti kehidupan sesebuah negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya. Semua pihak khususnya warga pendidik mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Di mana perubahan yang berlaku pada sistem pendidikan dan sokongnya adalah hasil daripada ledakan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi dan pembaharuan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru-guru perlu kerana ia mempengaruhi penerimaan dan daya ingatan seseorang. Mengikut kajian Philips 1950 di Universiti of Texas setiap aktiviti mempunyai daya ingatan seperti berikut :


Apa yang dibaca                                   10%

Apa yang ditanya                                  20%

Apa yang dilihat                                     30%

Apa yang didengar dan di lihat          50%

Apa yang disebut                                  70%

Apa yang disebut dan dilakukan       90%



Beliau juga menyatakan dalam proses P&P penglibatan kelima-lima deria melalui rangsangan yang amat berkesan seperti :

Melalui deria rasa                                 1.0%

Melalui deria sentuh                            1.5%

Melalui deria hidu                                 3.5%

Melalui deria dengar                            11.0%

Melalui deria lihat                                 83.0%

            Oleh itu, dalam proses pembelajaran dan pengajaran selain daripada menggunakan buku teks, atau ‘chalk and talk” perlu dipelbagaikan penggunaan sumber selaras dengan perkembangan bidang mekanik, elektronik dan komputer. Untuk tujuan inilah pusat sumber sekolah diwujudkan. Bermula dengan perpustakaan tradisi kepada Pusat Sumber Sekolah.

Pada masa ini Pusat Sumber Sekolah SKBT terdiri daripada :

1.  Perpustakaan

2.  Bilik Media

3.  Bilik ABM  & Bank Soalan

      4.  Bilik NILAM

      5.  Bilik Komputer

            Bilik Perpustakaan pada tahun 1997 berada di tingkat 1 bersetentang dengan Blok Pejabat  dan Bilik Guru Lama. Bilik Tayangan (Bilik Media) berada di sebelah Bilik Perpustakaan  manakala Bilik ABM di letakkan di Blok Bawah bersetentangan dengan Blok Tahun 1 dan Tahun 4. Pada ketika itu Bilik Komputer dan NILAM belum diwujudkan. Namun begitu maklumat NILAM ditampalkan pada papan kenyataan NILAM di Perpustakaan Sekolah. Pada ketika itu bilik-bilik sumber digunakan untuk dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Pengurusan Perpustakaan, Media dan ABM dikendalikan oleh guru yang dilantik oleh pihak pentadbiran.                                  
           
            Dari setahun ke setahun, jumlah pelajar SKBT semakin bertambah. Selari dengan itu bilangan bangunan telah ditambah di mana bermula bulan Januari tahun 2005, Perpustakaan, Bilik Media dan Bilik ABM telah berpindah ke Blok Baru tingkat 1 berdekatan dengan pejabat dan bilik guru baru.
             
             Namun begitu bilik ABM tidak sesuai di tempatkan di  Blok baru kerana bertutup dan sempit.  Justeru itu pada 12 April 2005 (Selasa) satu mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS telah di adakan di Bilik Mesyuarat. Satu ketetapan telah dibuat iaitu pemindahan Bilik ABM ke Bilik Mesyuarat lama  (Blok Lama bersebelahan dengan Pejabat Lama) pada 15 APRIL 2005 (Sabtu) melibatkan semua AJK Bilik-bilik Sumber. Bilik ABM  di Blok Baru dijadikan Bilik NILAM dan Bilik Photo.

             Perkembangan Pusat Sumber Sekolah terus berlaku di mana akhirnya perkhidmatan perpustakaan dan media telah disatukan. Segala sumber bahan bercetak, sumber pandang dengar dan sumber tidak bercetak yang lain dikelolakan bersama tetapi bahan masih lagi di letakkan secara berasingan. Semua bahan buku media diurus dengan lebih cekap dan sistematik untuk kegunaan bersama guru dan pelajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

            Pada tahun 2005, satu lagi perubahan telah berlaku mengikut perubahan teknologi semasa daripada peralatan yang berlandaskan teks kepada audio video seterusnya kepada multimedia dan telekomunikasi iaitu dengan kewujudan bilik komputer. Bilik komputer beroperasi untuk pengajaran dan pembelajaran multimedia.

            Pusat Sumber Sekolah terus berkembang dari tahun ke setahun. Usaha ini seharusnya dibangunkan secara berterusan untuk menampakkan hasil yang membanggakan kepada pelajar, guru, masyarakat dan negara.

            Pada tahun 2009, pelbagai koleksi telah diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah untuk mempelbagaikan kaedah penyampaian ilmu. Contohnya koleksi sejarah, koleksi karya besar, dan karya agung. Adalah diharapkan koleksi yang diwujudkan dapat menambahkan ilmu kepada murid-murid.

            Seterusnya pada tahun 2010, pihak Pusat Sumber Sekolah telah mewujudkan “Anjung  Puisi” hasil daripada input yang diperolehi sempena lawatan ke Perpustakaan Negara Malaysia. “Anjung Puisi” merupakan suatu warisan yang perlu diketahui oleh murid-murid sebagai penerusan kegemilangan puisi pada masa dahulu. Di “Anjung Puisi” terdapat pelbagai buku yang berbentuk pantun, sajak, gurindam dan seloka.

            Sebagai penambahan koleksi rujukan UPSR, pada tahun 2011 diwujudkan peminjaman bahan sisipan yang diambil surat khabar Utusan Malaysia ( ADAP dan e-Lab). Selain daripada itu, pihak Pusat Sumber Sekolah telah berusaha mewujudkan maklumat tentang “Sistem Pengelasan Dewey” dengan menggunakan prospek dan Carta Organisasi AJK.

              Blog PSS dan sekolah juga telah dibina dengan kerjasama daripada ajk pusat sumber dan guru pelatih. Alamat untuk blog pss adalah http://pssbtunggal.blogspot.com/ dan blog sekolah adalah http://skbttba3043.blogspot.com/. Terima kasih diucapkan kepada Nor Bahiah Binti Razali, guru pelatih (IPG, Kampus Bahasa Antarabangsa – TESL) yang juga merupakan bekas pustakawan SKBT yang telah banyak membantu dalam pembinaan blog sewaktu membuat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) di SKBT.

            Sudut dan koleksi sejarah SKBT telah dibuat penambahbaikan untuk kemudahan murid-murid . Puan Rahimiah selaku Ketua Panitia Kajian Tempatan bersama Puan Suraya dan ajk bertungkus lumus membuat penambaikan  di sudut tersebut. Sumber bahan yang ditambah adalah seperti biodata Perdana Menteri Malaysia, kejayaan sekolah dan koleksi buku-buku sejarah.