Ahad, 20 Oktober 2013

Pemantauan Calon Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan 2014

Salam hormat. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu Unit Pusat Sumber Pendidikan (UPSP)  akan melaksanakan pemantauan di SK. Bukit Tunggal pada hari Ahad, 20.10.2013. Terima kasih diucapkan kepada semua pengerusi bilik sumber yang telah bersiap sedia untuk pemantauan tersebut.

Ahad, 18 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Salam. Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua warga SKBT. Maaf Zahir dan Batin.

                     

Sabtu, 18 Mei 2013

Sambutan Hari Guru

Salam hormat. Sebagai menghargai dan mengingati jasa guru-guru, tanggal 16 Mei pada setiap tahun di adakan Sambutan Hari Guru. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah di adakan di Dataran Terbuka SKBT. Pelbagai acara telah di adakan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Guru 2013 peringkat sekolah.

                                                      TERIMA KASIH CIKGU...




Rabu, 15 Mei 2013

Pemantauan PSS Oleh PKG Manir

Salam hormat. Pada hari Selasa (14 Mei 2013), pegawai daripada PKG Manir iaitu Cik Anita @ Aniza telah membuat pemantauan PSS. Terima kasih diucapkan kepada Cik Anita yang telah memberi pandangan untuk kecemerlangan PSS SKBT.











Selasa, 14 Mei 2013

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

. 
Salam hormat. Pertandingan Mewarna Sempena Hari Guru telah di adakan pada hari Isnin (13 MEI 2013) selepas waktu rehat. Murid-murid yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada murid-murid tahap satu ( tahun satu, dua dan tiga). Guru-guru yang mengajar pada waktu selepas rehat menyelia murid-murid ketika pertandingan tersebut di adakan.




                                                                       

SAMBUTAN HARI GURU

Salam hormat. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan di adakan pada 16 Mei 2013. Pelbagai acara   telah diatur untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013.
 

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Salam hormat. Peperiksaan Pertengahan Tahun telah di adakan pada 7 Mei 2013 hingga 13 Mei 2013. Semoga murid-murid dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.

                               

Murid-murid kelas 4 Ibnu Mas'ud sedang tekun menjawab soalan-soalan peperiksaan.


Ahad, 12 Mei 2013

PUSAT SUMBER SKBT 2013

Salam hormat. Pihak Pusat Sumber SKBT telah membuat persiapan bagi pemantauan oleh pihak PKG Manir. Terima kasih diucapkan kepada semua pengerusi bilik-bilik sumber yang telah berusaha untuk menceriakan bilik di samping penyediaan dokumentasi di bilik masing-masing.

Sekitar gambar di luar bilik-bilik sumber.
                                                      
                                                               PERPUSTAKAAN




BILIK APD/ TAYANGAN




BILIK BBM



       Seterusnya usaha  gigih  Pengerusi NILAM, Puan Azizah bersama AJK NILAM menceriakan dan memperbanyakkan bahan bacaan di Pondok NILAM membolehkan murid-murid Tahap Satu menggunakan masa lapang dengan lebih berfaedah.

Rabu, 6 Mac 2013

Watikah Perlantikan Pengawas PSS

Salam hormat. Pada hari Ahad, 3 Mac 2013, majlis watikah pelantikan Pengawas PSS telah disempurnakan oleh En. Md. Rahim Bin Mamat selaku Guru Besar SKBT.

Gambar Kenangan - Watikah Pelantikan Pengawas PSS


Selasa, 12 Februari 2013

PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN - BAHASA INGGERIS

Salam hormat. Pada minggu ini (12.02.2013 - 14.02.2013) , penggunaan perpustakaan kelas bagi Bahasa Inggeris. Encik Khairuddin Bin Ahmad sedang memberi penerangan kepada murid-murid tahun 4 Ibnu Zubair tentang cara-cara mencari isi-isi penting dan watak-watak yang terdapat dalam buku cerita Bahasa Inggeris.

 
            

                                 

Murid-murid  4 Ibnu Zubair sedang mendengar penerangan tentang isi-isi penting dan watak-watak dalam buku cerita  oleh Encik Khairuddin.

Encik Khairuddin sedang membuat catatan penggunaan perpustakaan dengan mengisi maklumat penggunaan dalam komputer.


Ahad, 10 Februari 2013

Taklimat Tugasan Dan Disiplin di Kalangan Pustakawan

Salam hormat. Puan Noraini selaku Guru Disiplin Pustakawan SKBT sedang memberi taklimat kepada semua pustakawan SKBT. Taklimat tugasan dan disiplin di kalangan pustakawan diadakan di perpustakaan bagi  memantapkan lagi tugasan pustakawan sekolah.







GURU-GURU SKBT


                                                        


Ahad, 27 Januari 2013

PUSAT SUMBER 2013


BILIK-BILIK SUMBER DI SKBT 2013


                                                              PERPUSTAKAAN


BILIK MEDIA


                                                    
                                                                    BILIK BBM



MAKMAL KOMPUTER




MESYUARAT AJK INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Salam hormat. Sebagai pembuka tirai 2013, Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS telah di adakan pada hari Rabu, 2 Januari 2013. Beberapa agenda telah dibincangkan bagi memantapkan lagi program Pusat Sumber Sekolah 2013.


Sabtu, 26 Januari 2013

Aktiviti Di Sekolah Sepanjang Bulan Januari 2013


HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2013 DI SK BUKIT TUNGGAL

 Murid-murid tahun satu sedang menulis sambil dibantu oleh Puan Rosdila Binti Sari yang merupakan guru kelas tahun 1 Ibnu Amru.





PERHIMPUNAN MINGGUAN KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013




                                                                      

LATIHAN LARIAN SIHAT




LARIAN SIHAT (TAHAP 2), 1000 LANGKAH (PRA DAN TAHAP SATU), SENAMROBIK
23 JANUARI 2013