1. Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi.
2. Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera.
3. Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna.
4. Menyediakan maklumat yang relevan dan terkini kepada warga sekolah.
5. Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa.
6. Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan sentiasa peka kepada masalah pengguna.
7. Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.