Selasa, 17 November 2015

Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2015





Alhamdulillah semua berjaya menempuhnya dengan tabah cuma hanya 20 orang mendapat 5A, 14 orang dapat 4A 1B dan 2 orang dapat 4A 1C manakala selebihnya selamat berjaya di masa mendatang. Yakinlah masih ada mentari kegemilangan bagimu di masa akan datang. Apa yang penting .teruskan Usaha insya Allah pasti akan dikabulkan.

Isnin, 16 November 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan 2015

Dewan Ibnu Khaldun Sk. Bukit Tunggal sekali lagi mencatat sejarah apabila berjaya mengadakan majlis anugerah kecemerlangan bagi menyantuni semua murid yang berjaya dan graduasi murid Pra dan Murid Tahun 6 2015. Semoga langkahmu kian gemilang



Rabu, 4 November 2015

Persiapan terakhir Pusat Sumber Sekolah Mencelang Percalonan PSS Kebangsaan

Semakan akhir dan Kerja-kerja penyelenggaran dan kemaskini sistem fail sedang giat dijalankan menjelang pemantauan untuk anegerah PSS keperingkat kebangsaan.




Sabtu, 17 Oktober 2015

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.













Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua guru yang hadir hari ini bagi menjayakan bengkel pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Kerja buat dan jasa anda semua amat bermakna untuk pembangunan PSS SKBT. TQ semua. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Insha Allah

Selasa, 6 Oktober 2015

Bekas Pegawai Tadbir SKBT kembali kerahmatullah

AL Fatihah buat arwah Puan. Zaini....yang telah kembali kerahmatullah pada Rabu 23 September  2015  akibat kemalangan jalan raya . Beliau yang dikejarkan kehaspital bersama suami telah menghembuskan nafas terakhir setelah terlantar koma beberapa hari. Masih terkenang kali terakhir saya sempat berbual dengannya sebelum bercuti sekolah di pejabat, memang..tidak ada sebarang tanda pelik beliau akan pergi buat selamanya ..beliau mudah mesra dan ramah serta berdedikasi dalam melaksanakan tugasan.....Ternyata itulah minggu terakhir beliau bertugas di skbt buat selamanya....