Rabu, 28 Disember 2011

MESYUARAT AJK INDUK PSS KALI KE-1/ 2012

       Mesyuarat AJK Induk Pusat Sumber Sekolah akan di adakan sebagaimana berikut:

                 Tarikh      :    28 Disember 2011 ( Rabu )
                 Masa       :     11.00 pagi
                 Tempat    :     Bilik Mesyuarat
                 Pengerusi :     Guru Besar

      Diharap kepada semua AJK Induk PSS dapat menghadirkan diri sebagaimana ketetapan yang telah dibuat untuk kecemerlangan PSS SKBT. Kerjasama dan komitmen anda semua diucapkan terima kasih.

************************************************************************************************************

Mesyuarat AJK Induk Pusat Sumber Sekolah telah dapat dijalankan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang telah dapat menghadirkan diri untuk kecemerlangan PSS SKBT. Gambar-gambar sewaktu Mesyuarat AJK Induk PSS Kali 1:


                         
                                                                   

                                                                         

                                                           

Ahad, 18 Disember 2011

Memori Aktiviti PSS Sepanjang Bulan Mei Hingga Ogos

                                                         Memori Aktiviti Bulan Mei 2011

                      A)  Dokumentasi Sempena Hari Guru

                                           

Isnin, 5 Disember 2011

Memori Aktiviti PSS Sepanjang Bulan Januari Hingga April 2011

Salam hormat. Memori Aktiviti PSS sepanjang tahun 2011 sebagai tatapan warga SKBT. Semoga memori ini dijadikan sebagai panduan untuk aktiviti yang lebih baik di tahun 2012 nanti.

                                         MEMORI AKTIVITI PSS SEKITAR BULAN JANUARI 

                             A)     PROGRAM JOM MEMBACA 2011 - Bulan Januari Hingga November
                                        Ketua Program Jom Membaca - Tn. Hj Khairuddin Bin Ahmad


 Sebagai galakan bagi Program Jom Membaca , hadiah-hadiah diberikan sebagai insentif kepada murid-murid yang datang paling awal ke tempat Program Jom Membaca SKBT.



*******************************************************

                          B)       PERPUSTAKAAN DIBUKA UNTUK PENGGUNAAN KELAS DAN
                                     PEMINJAMAN BUKU OLEH MURID. (  BULAN JANUARI -
                                     OKTOBER )

      ************************************************************
 
                                        MEMORI  AKTIVITI PSS BULAN FEBRUARI

                                      A)   PERKHIDMATAN BAS PERPUSTAKAAN BERGERAK

Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah memberikan perkhidmatan peminjaman buku melalui perkhidmatan bas perpustakaan bergerak kepada semua warga SKBT. Ustaz YM. Raja Anuar bin Raja Sulong merupakan Ketua Unit Perpustakaan Bergerak yang menyediakan jadual peminjaman dan pemulangan buku mengikut kelas dan memastikan penghantaran buku mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Beliau dibantu oleh pustakawan sekolah. Makluman kehadiran bas perpustakaan bergerak dimaklumkan oleh beliau semasa perhimpunan pagi dan  menampal jadual di papan kenyataan Pusat Sumber Sekolah.


                   *****************************************************************

                                    B)    PENDAFTARAN KEAHLIAN PERCUMA MENJADI AHLI 
                                            PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU

 Pada 21 Februari 2011, sebagai galakan pembacaan di kalangan warga sekolah, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah mengadakan  pendaftaran percuma menjadi ahli PPAT.  Pihak sekolah di bawah kendalian AJK PSS telah mengatur jadual mengikut kelas bagi pendaftaran keahlian percuma tersebut. Keahlian PPAT ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada warga SKBT. Pihak Pusat Sumber Sekolah berharap usaha murni Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dapat memupuk minat dan budaya membaca di kalangan warga SKBT. Terima kasih daun keladi, tahun depan harap datang lagi.




   *****************************************************************************

                                     
                                           MEMORI AKTIVITI PSS BULAN MAC

                                       A)  LAWATAN BERMAKLUMAT KE PULAU LANGKAWI
                                             DAN MELAKA






                                      B)   WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER
                                             2011. ( 27.03.2011)

                                     Watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang terdiri
                                     daripada pustakawan, pengawas bilik Media dan ABM telah di adakan
                                     di tempat perhimpunan pada 27 Mac 2011. Adalah diharapkan agar
                                     semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah dapat menjalankan amanah
                                     dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.


                                                                            
                                            

                                                        

                             
                              C)     GAMBAR KENANGAN AJK PSS

                                                                             
***********************************************************************************                                                                                                   

         MEMORI AKTIVITI PSS BULAN APRIL


                           A)   KEHADIRAN KUNTUM  KE SKBT

                          Pada 26 April 2011, pihak sekolah di bawah kendalian Pusat Sumber Sekolah telah
                          menerima kunjungan KUNTUM ke sekolah dalam usaha menggalakkan pembacaan
                          di kalangan murid-murid. Beberapa aktiviti seperti kuiz telah di adakan oleh pihak  
                          KUNTUM.

                          Koleksi gambar sekitar kehadiran pihak KUNTUM ke sekolah.

Jumaat, 2 Disember 2011

Cuti Persekolahan 2011

Salam hormat. Selamat bercuti kepada semua guru dan murid Sk. Bukit Tunggal. Rancanglah cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah. Membaca buku cerita, surat khabar, majalah adalah merupakan salah satu cara untuk mengisi masa yang terluang.

Ahad, 6 November 2011

Sabtu, 29 Oktober 2011

Peperiksaan Akhir Tahun (OTI 6)


Salam hormat. 
Peperiksaan Akhir Tahun (OTI 6) akan bermula pada hari Isnin ( 31.10.2011). Diharap semua pelajar dapat membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang!

Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber Sekolah

    Pada hari Khamis, 27.10.2011 telah di adakan jamuan akhir tahun Pusat Sumber Sekolah. Pada tahun ini, pihak Pusat Sumber Sekolah mengadakan jamuan lebih awal. Ini memandangkan peperiksaan akhir tahun yang akan di adakan minggu depan dan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada minggu berikutnya.

    Jamuan akhir tahun di adakan sebagai tanda penghargaan kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang terdiri daripada pustakawan, pengawas Bilik Media dan ABM.  Mereka telah menjalankan tugas dengan cemerlang di Pusat Sumber Sekolah.

    Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Guru Penolong kanan 1, Pn. Hajah Rose Elina Binti Kamaruddin.



Tn.Haji Khairuddin selaku Setiausaha Kerja PSS merupakan pengacara majlis sedang berucap kepada semua pengawas pusat sumber sekolah.

                                                      

Isnin, 17 Oktober 2011

Hadiah Program NILAM

          Pada hari Ahad, 2 Oktober 2011 telah diadakan penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang berjaya mendapat pingat gangsa, perak, emas dan NILAM. Nur Husna Binti Mazdi, 6 Amanah telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM 2011.

Ahad, 2 Oktober 2011

Bengkel Proses Dan Baik Pulih Buku

        Pada 1 Oktober 2011 (Sabtu) telah diadakan bengkel proses dan baik pulih buku untuk semua AJK perpustakaan dan semua pustakawan sekolah. Bengkel tersebut di adakan di Perpustakaan SKBT. Seramai 15 orang guru (AJK) dan 65 orang pustakawan yang hadir ke bengkel tersebut.

         Objektif bengkel tersebut di adakan adalah untuk memberi pendedahan cara-cara memproses dan baik pulih buku dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu, pustakawan akan dapat menghargai buku dan menjaganya dengan baik.



Slot 1 - Puan Azizah Binti Yusof selaku penceramah bengkel memproses dan baik pulih buku sedang memberikan penerangan tentang kaedah memproses buku dengan betul. Beliau berkhidmat di SK Kampung Tengah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang proses teknik buku.

Jumaat, 30 September 2011

Sudut dan Koleksi Sejarah SKBT

     Pada awal bulan September, Sudut dan Koleksi Sejarah telah diubahsuai untuk menambah koleksi sejarah. Pengubahsuaian dan penambahan bahan sumber di Sudut dan Koleksi Sejarah dengan usahasama PSS dengan Panitia Kajian Tempatan dapat memantapkan pengetahuan di kalangan para pelajar dan warga SKBT.

                    
                                                         
Puan Rahimiah selaku Ketua Panitia Kajian Tempatan dan Puan Suraya, AJK
      Panitia Kajian Tempatan sedang melaksanakan kerja-kerja bagi penyediaan   bahan untuk Sudut dan Koleksi Sejarah SKBT. 



Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Ketua Panitia Kajian tempatan dan ajk kerana telah dapat membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan bahan di Sudut dan Koleksi Sejarah. Semoga usaha murni dapat membekalkan santapan ilmu yang berfaedah kepada semua warga SKBT.

Isnin, 22 Ogos 2011

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pada 21 Ogos 2011, Cikgu Sapura Binti Md. Salleh telah mengumumkan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah yang akan di adakan pada hari Khamis, 25 Ogos 2011 bertempat di dataran terbuka SKBT.

     Di antara aktiviti-aktiviti yang akan di adakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan adalah seperti berikut:

    1)  Pertandingan Mewarna bagi Pra Sekolah dan Tahun 1.
    2)  Pertandingan Kolaj bagi Tahun 2 dan 3.
    3)  Pertandingan Kolaj Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6)
    4)  Pertandingan kibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan 
         untuk semua kelas.



                                            




                                         

Rabu, 17 Ogos 2011

Isnin, 15 Ogos 2011

Gambar Terkini PSS SKBT







Bilik Perpustakaan 


Bilik SAL 


Bilik ABM 


Bilik Media

Peperiksaan OTI 3

Selamat Menghadapi Peperiksaan OTI 3



Tarikh peperiksaan: 14-16 Ogos 2011
Semoga dapat menjawab dan beroleh kejayaan yang cemerlang!

Blog Pusat Sumber Sekolah Bukit Tunggal

Salam hormat...

Kepada murid-murid dan guru-guru, untuk mengetahui maklumat-maklumat terkini aktiviti sekolah bolehlah melayari blog pusat sumber sekolah.

Alamat blog adalah seperti berikut:


Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nor Bahiah Binti Razali, guru pelatih (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur (TESL) yang telah banyak membantu bagi pembinaan blog sekolah dan pusat sumber sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada Faridatul Aini Binti Alias dan Syarifah Humairah Binti Syed Mustafa, guru pelatih (IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis (Agama Islam) yang turut membantu pusat sumber untuk proses teknik buku.

Walaupun berada di sekolah selama seminggu bermula 4 September hingga 8 September 2011 untuk membuat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) tetapi sempat membantu pihak pusat sumber sekolah. Semoga jasa baik dan pertolongan anda semua akan dapat menjadi pengalaman berguna apabila berkhidmat di sekolah nanti.