Selasa, 28 Februari 2012
Lawatan Ke Pesta Buku Terengganu
Salam hormat. Pada hari Selasa, 28 Februari 2012, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Terengganu. Seramai 52 orang pengawas PSS beserta dengan lima orang guru. Guru-guru yang ikut serta terdiri daripada ajk Pusat Sumber Sekolah iaitu Pn. Wan Nooriah, Tn. Hj. Khairuddin, Pn. Kameriah, Pn. Sebanun dan Pn. Zuraini.
Selasa, 21 Februari 2012
Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2012
Salam hormat. Pada hari Isnin 20 Februari 2012 telah di adakan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Penyampaian watikah pelantikan disempurnakan oleh Puan Norsyushida Binti Kamarulzaman , Penolong Pegawai Perpustakaan selaku mewakili Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Puan Azmah Khalid, Pembantu Perpustakaan Kanan turut hadir bersama Puan Norsyushida Binti Kamarulzaman.
Puan Noraini selaku AJK Disiplin Unit Pengawas Pusat Sumber Sekolah sedang memberi arahan kepada pengawas Pusat Sumber Sekolah supaya dapat beratur dengan elok dan mematuhi arahannya.
Pn. Norsyushida sedang memberikan ucapan tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di Perpustakaan Awam Terengganu sebelum menyampaikan watikah pelantikan selaku wakil kepada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Wan Syahidah Hana Binti Wan Ab. Hafiz selaku Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah sedang membacakan ikrar pengawas PSS
Isnin, 6 Februari 2012
Program Jom Membaca - NILAM
Salam hormat. Pada hari Isnin, 6 Februari 2012 telah di adakan taklimat NILAM kepad a murid-murid tahun 2 dan 3 oleh Penyelaras NILAM SKBT, Pn Azizah Ibrahim di dewan terbuka. Taklimat NILAM di adakan bersempena dengan Program Jom Membaca yang di adakan setiap awal pagi pada setiap hari Isnin hingga hari Rabu. Murid-murid diberi pendedahan pengisian maklumat pembacaan ke dalam buku Program NILAM. Di samping itu telah di adakan Kuiz NILAM dan tiga orang pemenang kuiz tersebut diberikan hadiah buku cerita.
Khamis, 2 Februari 2012
Perjumpaan Ahli Kelab Pusat Sumber Sekolah
Pada hari Selasa, 31 Januari 2012 telah di adakan perjumpaan di antara guru penasihat dengan ahli-ahli Kelab PSS di Pusat Sumber Sekolah - Perpustakaan. Aktiviti perjumpaan kali pertama ini adalah berkenaan dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab PSS dan penerangan tentang perancangan aktiviti kelab oleh Pn. Wan Nooriah selaku guru penasihat Kelab PSS. Seramai 45 orang murid yang menjadi ahli Kelab PSS.
Pn. Kameriah dan Pn. Sebanun selaku guru penasihat sedang menyemak nama ahli Kelab Pusat Sumber .
Pn. Kameriah dan Pn. Sebanun selaku guru penasihat sedang menyemak nama ahli Kelab Pusat Sumber .
Langgan:
Catatan (Atom)