Selasa, 12 Februari 2013

PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN - BAHASA INGGERIS

Salam hormat. Pada minggu ini (12.02.2013 - 14.02.2013) , penggunaan perpustakaan kelas bagi Bahasa Inggeris. Encik Khairuddin Bin Ahmad sedang memberi penerangan kepada murid-murid tahun 4 Ibnu Zubair tentang cara-cara mencari isi-isi penting dan watak-watak yang terdapat dalam buku cerita Bahasa Inggeris.

 
            

                                 

Murid-murid  4 Ibnu Zubair sedang mendengar penerangan tentang isi-isi penting dan watak-watak dalam buku cerita  oleh Encik Khairuddin.

Encik Khairuddin sedang membuat catatan penggunaan perpustakaan dengan mengisi maklumat penggunaan dalam komputer.


Ahad, 10 Februari 2013

Taklimat Tugasan Dan Disiplin di Kalangan Pustakawan

Salam hormat. Puan Noraini selaku Guru Disiplin Pustakawan SKBT sedang memberi taklimat kepada semua pustakawan SKBT. Taklimat tugasan dan disiplin di kalangan pustakawan diadakan di perpustakaan bagi  memantapkan lagi tugasan pustakawan sekolah.







GURU-GURU SKBT