Salam hormat. Pada hari Selasa, 20 Mac 2012 telah di adakan aktiviti kelab Pusat Sumber Sekolah di Perpustakaan SKBT. Terdapat 3 jenis aktiviti yang dijalankan pada minggu ini iaitu:-
a) Penyusunan buku mengikut Sistem Pengelasan Dewey
b) Proses teknik buku
c) Memproses bahan bacaan tambahan
Guru penasihat yang bertugas pada minggu ini ialah Puan Wan Nooriah dan Puan Sailati. Aktiviti Kelab Pusat Sumber Sekolah bermula pada pukul 1.45 petang setelah ahli-ahli kelab selesai menunaikan solat zohor.
Selasa, 20 Mac 2012
Jumaat, 9 Mac 2012
Mesyuarat AJK Unit-Unit PSS
Mesyuarat AJK Unit-unit PSS telah di adakan pada hari Khamis, 8 Mac 2012 untuk melicinkan perjalanan aktiviti yang dirancang dan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Selasa, 28 Februari 2012
Lawatan Ke Pesta Buku Terengganu
Salam hormat. Pada hari Selasa, 28 Februari 2012, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Terengganu. Seramai 52 orang pengawas PSS beserta dengan lima orang guru. Guru-guru yang ikut serta terdiri daripada ajk Pusat Sumber Sekolah iaitu Pn. Wan Nooriah, Tn. Hj. Khairuddin, Pn. Kameriah, Pn. Sebanun dan Pn. Zuraini.
Selasa, 21 Februari 2012
Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2012
Salam hormat. Pada hari Isnin 20 Februari 2012 telah di adakan watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Penyampaian watikah pelantikan disempurnakan oleh Puan Norsyushida Binti Kamarulzaman , Penolong Pegawai Perpustakaan selaku mewakili Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Puan Azmah Khalid, Pembantu Perpustakaan Kanan turut hadir bersama Puan Norsyushida Binti Kamarulzaman.
Puan Noraini selaku AJK Disiplin Unit Pengawas Pusat Sumber Sekolah sedang memberi arahan kepada pengawas Pusat Sumber Sekolah supaya dapat beratur dengan elok dan mematuhi arahannya.
Pn. Norsyushida sedang memberikan ucapan tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di Perpustakaan Awam Terengganu sebelum menyampaikan watikah pelantikan selaku wakil kepada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Wan Syahidah Hana Binti Wan Ab. Hafiz selaku Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah sedang membacakan ikrar pengawas PSS
Isnin, 6 Februari 2012
Program Jom Membaca - NILAM
Salam hormat. Pada hari Isnin, 6 Februari 2012 telah di adakan taklimat NILAM kepad a murid-murid tahun 2 dan 3 oleh Penyelaras NILAM SKBT, Pn Azizah Ibrahim di dewan terbuka. Taklimat NILAM di adakan bersempena dengan Program Jom Membaca yang di adakan setiap awal pagi pada setiap hari Isnin hingga hari Rabu. Murid-murid diberi pendedahan pengisian maklumat pembacaan ke dalam buku Program NILAM. Di samping itu telah di adakan Kuiz NILAM dan tiga orang pemenang kuiz tersebut diberikan hadiah buku cerita.
Langgan:
Catatan (Atom)