Isnin, 29 Oktober 2012
Selasa, 25 September 2012
Permulaan Wajah Baru Pusat Sumber SKBT
Salam hormat. Pada hari Ahad, 23.09.2012, En. Zaid memulakan kerja mengecat dinding luar Pusat Sumber Sekolah. Seterusnya dibantu oleh En. Ambak pada hari berikutnya. Aspek keceriaan adalah merupakan daya tarikan kepada murid-murid untuk berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah di samping keperluan buku-buku cerita dan rujukan. Terima kasih diucapkan kepada mereka berdua.
Khamis, 20 September 2012
Hadiah Program Bacaan Pagi
Salam hormat. Salah satu daripada aktiviti Program Bacaan Pagi SKBT adalah memberikan hadiah kepada murid-murid yang datang awal ke program tersebut. Pada hari Rabu, 19 September 2012, 3 orang murid telah diberikan hadiah sebagai galakan kerana datang awal ke Program Pacaan Pagi.
Program tersebut dijalankan sebagai suatu cara untuk meningkatkan pembacaan di kalangan murid-murid tahun 2 dan 3, melahirkan murid yang celik ilmu di samping dapat menggunakan masa dengan berfaedah.
Program tersebut dijalankan sebagai suatu cara untuk meningkatkan pembacaan di kalangan murid-murid tahun 2 dan 3, melahirkan murid yang celik ilmu di samping dapat menggunakan masa dengan berfaedah.
Sabtu, 18 Ogos 2012
Isnin, 30 April 2012
Pelancaran Program NILAM SKBT
Salam hormat. Pada hari Ahad, 29 April 2012 telah di adakan Pelancaran NILAM SKBT. Majlis Pelancaran NILAM telah di adakan di tapak perhimpunan bersempena dengan perhimpunan pagi. Puan Hajah Rose Elina selaku Guru Penolong Kanan 1 merasmikan Pelancaran NILAM peringkat sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)
