Sabtu, 17 November 2012

Cuti Sekolah

Salam hormat. Selamat bercuti kepada semua warga SKBT terutamanya guru-guru dan murid-murid. Sudah hampir seminggu cuti sekolah sudah berlalu. Manfaatkan masa yang terluang dengan membaca buku dan apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan faedah kepada anda.....


                                         

Isnin, 29 Oktober 2012

Jamuan Akhir Tahun PSS

Salam hormat. Pada hari Ahad,  21 Oktober 2012 telah di adakan jamuan akhir tahun untuk semua pengawas PSS SKBT. Jamuan akhir tahun PSS di adakan pada setiap tahun sebagai penghargaan juga ucapan terima kasih pihak PSS kepada semua pengawas PSS yang telah menjalankan tugas dengan jayanya. Pengawas PSS merupakan penggerak kepada kecemerlangan PSS sekolah. Semoga pengawas PSS tahun 6 dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sekiranya dilantik menjadi pengawas PSS di tingkatan satu.


















Wajah Baru Pusat Sumber SKBT

Selasa, 25 September 2012

Permulaan Wajah Baru Pusat Sumber SKBT

Salam hormat. Pada hari Ahad, 23.09.2012, En. Zaid memulakan kerja mengecat dinding luar Pusat Sumber Sekolah. Seterusnya dibantu oleh En. Ambak pada hari berikutnya. Aspek keceriaan adalah merupakan daya tarikan kepada murid-murid untuk berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah di samping keperluan buku-buku cerita dan rujukan. Terima kasih diucapkan kepada mereka berdua.

                                                          
                                                                       


                                                        
                                                                          

Khamis, 20 September 2012

Hadiah Program Bacaan Pagi

Salam hormat. Salah satu daripada aktiviti Program Bacaan Pagi SKBT  adalah memberikan hadiah kepada murid-murid yang datang awal ke program tersebut. Pada hari Rabu, 19 September 2012, 3 orang murid telah diberikan hadiah sebagai galakan kerana datang awal ke Program Pacaan Pagi.

Program tersebut dijalankan sebagai suatu cara untuk meningkatkan pembacaan di kalangan murid-murid tahun 2 dan 3,  melahirkan murid yang celik ilmu di samping dapat menggunakan masa dengan berfaedah.