Ahad, 27 Januari 2013

MESYUARAT AJK INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

Salam hormat. Sebagai pembuka tirai 2013, Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS telah di adakan pada hari Rabu, 2 Januari 2013. Beberapa agenda telah dibincangkan bagi memantapkan lagi program Pusat Sumber Sekolah 2013.


Sabtu, 26 Januari 2013

Aktiviti Di Sekolah Sepanjang Bulan Januari 2013


HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2013 DI SK BUKIT TUNGGAL

 Murid-murid tahun satu sedang menulis sambil dibantu oleh Puan Rosdila Binti Sari yang merupakan guru kelas tahun 1 Ibnu Amru.





PERHIMPUNAN MINGGUAN KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013




                                                                      

LATIHAN LARIAN SIHAT




LARIAN SIHAT (TAHAP 2), 1000 LANGKAH (PRA DAN TAHAP SATU), SENAMROBIK
23 JANUARI 2013







 

Selasa, 20 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Salam hormat. Pada hari Isnin, 19.11.2012, En. Md. Rahim Bin Mamat, Tuan Guru Besar telah membuat pengumuman keputusan UPSR 2012. Seramai 22 orang pelajar telah mendapat 5A dan 16 orang pelajar mendapat  4A 1B. 
        Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat 5A dan kepada pelajar yang tidak mendapat 5A, jangan berputus asa kerana jalan untuk menuju kejayaan masih lagi panjang.
  "KEGAGALAN HARI INI BUKANLAH BERERTI KEGAGALAN UNTUK SELAMA-
                                                          LAMANYA"
                 Insya Allah teruskan berusaha, berkat usaha dan doa, pasti anda akan berjaya...        

                                                                             




                                             

          Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan tahniah kepada sembilan orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah kerana telah berjaya mendapat 5A, teruskan usaha anda untuk menggapai kejayaan seterusnya. Namun begitu kepada Pengawas Pusat Sumber yang tidak mendapat 5A teruskanlah berusaha kerana mungkin kejayaan yang akan anda kecapi belum tiba masanya lagi. Insya Allah, pergiatkan usaha dan doa anda...

Sabtu, 17 November 2012

Cuti Sekolah

Salam hormat. Selamat bercuti kepada semua warga SKBT terutamanya guru-guru dan murid-murid. Sudah hampir seminggu cuti sekolah sudah berlalu. Manfaatkan masa yang terluang dengan membaca buku dan apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan faedah kepada anda.....


                                         

Isnin, 29 Oktober 2012

Jamuan Akhir Tahun PSS

Salam hormat. Pada hari Ahad,  21 Oktober 2012 telah di adakan jamuan akhir tahun untuk semua pengawas PSS SKBT. Jamuan akhir tahun PSS di adakan pada setiap tahun sebagai penghargaan juga ucapan terima kasih pihak PSS kepada semua pengawas PSS yang telah menjalankan tugas dengan jayanya. Pengawas PSS merupakan penggerak kepada kecemerlangan PSS sekolah. Semoga pengawas PSS tahun 6 dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sekiranya dilantik menjadi pengawas PSS di tingkatan satu.