warga SKBT. Maaf Zahir Dan Batin.
Sabtu, 18 Ogos 2012
Isnin, 30 April 2012
Pelancaran Program NILAM SKBT
Salam hormat. Pada hari Ahad, 29 April 2012 telah di adakan Pelancaran NILAM SKBT. Majlis Pelancaran NILAM telah di adakan di tapak perhimpunan bersempena dengan perhimpunan pagi. Puan Hajah Rose Elina selaku Guru Penolong Kanan 1 merasmikan Pelancaran NILAM peringkat sekolah.
Selasa, 20 Mac 2012
Aktiviti Kelab Pusat Sumber Sekolah
Salam hormat. Pada hari Selasa, 20 Mac 2012 telah di adakan aktiviti kelab Pusat Sumber Sekolah di Perpustakaan SKBT. Terdapat 3 jenis aktiviti yang dijalankan pada minggu ini iaitu:-
a) Penyusunan buku mengikut Sistem Pengelasan Dewey
b) Proses teknik buku
c) Memproses bahan bacaan tambahan
Guru penasihat yang bertugas pada minggu ini ialah Puan Wan Nooriah dan Puan Sailati. Aktiviti Kelab Pusat Sumber Sekolah bermula pada pukul 1.45 petang setelah ahli-ahli kelab selesai menunaikan solat zohor.
a) Penyusunan buku mengikut Sistem Pengelasan Dewey
b) Proses teknik buku
c) Memproses bahan bacaan tambahan
Guru penasihat yang bertugas pada minggu ini ialah Puan Wan Nooriah dan Puan Sailati. Aktiviti Kelab Pusat Sumber Sekolah bermula pada pukul 1.45 petang setelah ahli-ahli kelab selesai menunaikan solat zohor.
Jumaat, 9 Mac 2012
Mesyuarat AJK Unit-Unit PSS
Mesyuarat AJK Unit-unit PSS telah di adakan pada hari Khamis, 8 Mac 2012 untuk melicinkan perjalanan aktiviti yang dirancang dan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Selasa, 28 Februari 2012
Lawatan Ke Pesta Buku Terengganu
Salam hormat. Pada hari Selasa, 28 Februari 2012, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Terengganu. Seramai 52 orang pengawas PSS beserta dengan lima orang guru. Guru-guru yang ikut serta terdiri daripada ajk Pusat Sumber Sekolah iaitu Pn. Wan Nooriah, Tn. Hj. Khairuddin, Pn. Kameriah, Pn. Sebanun dan Pn. Zuraini.
Langgan:
Catatan (Atom)
