Isnin, 15 Ogos 2011

Blog Pusat Sumber Sekolah Bukit Tunggal

Salam hormat...

Kepada murid-murid dan guru-guru, untuk mengetahui maklumat-maklumat terkini aktiviti sekolah bolehlah melayari blog pusat sumber sekolah.

Alamat blog adalah seperti berikut:


Pihak Pusat Sumber Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nor Bahiah Binti Razali, guru pelatih (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur (TESL) yang telah banyak membantu bagi pembinaan blog sekolah dan pusat sumber sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada Faridatul Aini Binti Alias dan Syarifah Humairah Binti Syed Mustafa, guru pelatih (IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis (Agama Islam) yang turut membantu pusat sumber untuk proses teknik buku.

Walaupun berada di sekolah selama seminggu bermula 4 September hingga 8 September 2011 untuk membuat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) tetapi sempat membantu pihak pusat sumber sekolah. Semoga jasa baik dan pertolongan anda semua akan dapat menjadi pengalaman berguna apabila berkhidmat di sekolah nanti.


                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan