Pada hari Khamis, 27.10.2011 telah di adakan jamuan akhir tahun Pusat Sumber Sekolah. Pada tahun ini, pihak Pusat Sumber Sekolah mengadakan jamuan lebih awal. Ini memandangkan peperiksaan akhir tahun yang akan di adakan minggu depan dan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada minggu berikutnya.
Jamuan akhir tahun di adakan sebagai tanda penghargaan kepada semua Pengawas Pusat Sumber yang terdiri daripada pustakawan, pengawas Bilik Media dan ABM. Mereka telah menjalankan tugas dengan cemerlang di Pusat Sumber Sekolah.
Penyampaian sijil dan cenderahati telah disempurnakan oleh Guru Penolong kanan 1, Pn. Hajah Rose Elina Binti Kamaruddin.
Tn.Haji Khairuddin selaku Setiausaha Kerja PSS merupakan pengacara majlis sedang berucap kepada semua pengawas pusat sumber sekolah.