Objektif bengkel tersebut di adakan adalah untuk memberi pendedahan cara-cara memproses dan baik pulih buku dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu, pustakawan akan dapat menghargai buku dan menjaganya dengan baik.
Slot 1 - Puan Azizah Binti Yusof selaku penceramah bengkel memproses dan baik pulih buku sedang memberikan penerangan tentang kaedah memproses buku dengan betul. Beliau berkhidmat di SK Kampung Tengah dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang proses teknik buku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan